Archive for September 8th, 2008



8
Sep

~Kenangan Sekolah Ku

Listen with webReader

Pejam celik, pejam celik..tup-tup dah nak masuk 3 tahun dah tempoh pembelajaran sebagai seorang bakal pemegang ijazah sarjana muda. Iyelah..orang kata belajar kat universiti ni flexible tapi lebih mencabar.. Kalau dulu masa belajar kat sekolah, bangun pukul 6 pagi, naik basikal sampai kat stesen bas dan kena sampai sebelum pukul 7.15 pagi kalau tak pengawas berbaju biru dah ready. Silap-silap kena berdiri di hadapan jadi tontonan umum.

Tiap-tiap hari 5 kali seminggu kecuali pelepasan am. Perkara ini dah jadi rutin harian sebagai seorang pelajar sekolah tidak kira rendah, menengah ataupun tinggi. Pada masa tersebut mesti sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu akan terlintas di fikiran saya..”Siapa lah yang cipta peraturan sekolah mula pukul 7.30 pagi nih? ayam pon tak bangun lagi (ayam yang overnight, balik lambat la).hehe..”. Bila dah kena bangun awal, kena pakai baju sekolah, stokin dengan kasut strap (bila dah besar sikit baru dapat yang tali punya..dulu-dulu tak pandai ikat lagi..). Lagi sekali terlintas difikiran..” Kenapalah kena pakai baju sekolah, pakai baju biasa-biasa tak boleh ke? kat luar negara sempoi jek?..”.

Itulah ngomelan kecil tapi dalam hati jelah. Redha tapi terpaksa. 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah sebenarnya cukup memberikan satu impak dalam hidup saya ( 5 + 6 = 11 tahun…mana tak cukup pula). Di sekolah, saya seperti pelajar biasa yang niat datang sekolah adalah untuk tak kena marah dengan emak dan abah. Ikut sahaja kawan-kawan, masuk kelas, keluar kelas, masuk kelas pendidikan jasmani, kelas pendidikan seni, kemahiran hidup.

Tak pernah target untuk dapat sesuatu yang tinggi dalam pelajaran. Orang belajar, kita belajar (tapi kadang-kadang dapat juga hadiah paling tidak mata pelajaran terbaik tiap-tiap tahun..hehe). Pergi sekolah, balik sekolah. Balik lambat kena marah dengan emak, terutamanya bila balik dengan baju kotor-kotor sebab pergi bermain dengan kawan-kawan dalam perjalanan balik. Ish..ish…rindu betul la…basuh kasut sekolah, buat kerja sekolah, berhimpun masa hari isnin, nyanyi lagu negaraku, lagu sekolah.. Sekali-sekala rasa nak lalui semua itu sekali lagi kecuali beberapa bahagian yang tak seronok…betul tak?

Celadon theme by the Themes Boutique

Compression Plugin created by Cheap Web Hosting - Powered by Knife Sets and r4 ds.