Archive for September 12th, 2008
~Ramadhan di perantauan
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurnaSelangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan penuh keberkatan…
Sepatutnya bulan ini dipenuhi dengan memperbanyakkan amalan dari biasa. Disebalik kemuliaan ramadhan, sedikit sebanyak saya mengimbau kenangan lalu. Ketika masih lagi berkesempatan menyambut 1 Ramadhan, bersahur berbuka bersama dengan keluarga. Walaupun makan yang ala kadar sahaja, tapi kenikmatan itu tak dapat dipersembahkan dengan perkataan.
Bila berada diperantauan, masuk tahun ni, genap sudah 4 tahun saya menyambut kehadiran bulan mulia ini jauh dari keluarga. Terkadang terkenang suasana di kampung halaman. Lain suasananya jika menyambut dengan rakan-rakan. Cuma saya bersyukur kepada tuhan kerana masih memberi peluang kepda hamba-Nya yang lemah ini untuk bertemu kedua emak abah di pagi mulia, 1 syawal. Ya Allah, moga tahun ini dan seterusnya dapat ku mengucup tangan emak dan abah ku…aammmiinnn…
Erm…sekali-sekala terbuka la koleksi gambar…ternampaklah pulak gambar si bulat ni. Rasa nak balik makin meronta-ronta. Tapi apakan daya, masa dan jarak merupakan kekangan. Dari budak ni lahir sampai la dah nak berumur 1 tahun. 2-3 kali dapat tunjuk muka. Macam tak kenal pulak bila balik. Apa-apa pun, raya tahun ni masih ada peluang lagi. Moga dipermudahkan lagi. Insya’allah…




