Archive for September 19th, 2008
~Stress = Diri sebenar = Kebenaran dari hati
Stress jika didefinisikan, maksudnya lebih kurang sama dengan tekanan yang biasanya dilalui ketika manusia mendapat sesuatu secara paksa atau menerima sesuatu yg tidak disukainya. Ia juga satu keadaan di mana suatu pengalaman yang tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialami secara mental, fizikal, emosi dan spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada.
Secara psikologinya, manusia akan menonjolkan sifat sebenar/ apa yang sebenarnya difikir atau dirasa dan diluahkan secara tidak sedar kerana naluri dan emosi bercampur baur. Sesuatu perkara yang dahulunya dapat di sorokkan, disimpan secara baik-baik, dipendam dan pendam bagi satu tempoh masa yang lama akan menyebabkan belakunya letupan emosi. Perkara ini jelas lebih merbahaya berbanding dengan masalah lain kerana apabila perasaan atau emosi merajai tingkah laku, maka apa yang diperlakukan adalah satu yang rasionalnya diragui.
Bicara stress ini saya ungkapkan kerana pada suatu masa, saya merasakan yang diri sendiri telah gagal menguruskan masa dengan baik. Timbul masalah itu dan ini, maka wujudlah satu tahap tekanan yang mungkin tidak banyak dari satu tanggungjawab. Itu satu tanggungjawab. Tapi jika pada keadaan saya sekarang ini, mungkin lebih dari satu. Apabila dikumpulkan, terhasilnya satu takat stress yang tinggi sehingga pernah satu ketika dlu tekanan darah saya agak tinggi.
Mungkin dalam satu komuniti jika saya tidak mampu menjalankan sesuatu tugas tersebut sendirian, perlu saya memberi isyarat kepada yang lain untuk tampil meneruskan atau melaksanakan. Malangnya mungkin silapnya pada saya, sehinggakan tiada individu yang tampil melaksanakan tugas tersebut. Jika bersangka baik, “mungkin mereka pun sibuk seperti saya kot”, pada sangkaan yang lain,”apa yang diorang buat?nak kata banyak kerja..ntahla..nak kata tak cukup masa, boleh pulak buat benda yang tak berfaedah.”. Entahlah, kadang-kadang kita terpaksa atau dalam kata lain secara tidak rela meneruskan perlaksanaan. Mungkin dengan sedikit motivasi dan ngomelan yang panjang, kerja itu selesai. Bila kita mengomel sedikit, dikatakan tak rasional, itu, ini. Bila mereka menunjukkan reaksi stress dalam keadaan yang jauh lebih ‘kasar’ saya hanya diam. Manusia, terlalu abstrak. Cuma saya ingin memperingat diri saya sendiri dan yang sedang membaca, Stress itu bagus sebenarnya. Manusia akan lebih dapat menjangka apa yang akan mereka lakukan dalam pengaruh emosi jika stress itu di bawah kawalan. Cuma sekali-sekala kena tunjuk untuk ‘ajar’ mereka yang tak faham isyarat yang kita cuba sampaikan. Dan yang terakhir, bagi yang suka mempamerkan ‘kekasaran’, ingatlah sesungguhnya orang lain juga ada perasaan..Wallahualam.




