22
Sep
0

~Kursus BTN

Listen with webReader

“Kita sudah tidak perlu tidur, kerna mimpi ada didepan mata…”

Kursus kenegaraan Biro Tata Negara. Sebuah kursus anjuran Biro Tata Negara dibawah pejabat Perdana Menteri. Pada beberapa bulan yang lepas saya berpeluang untuk mengikuti kursus ini buat pertama kalinya. Khabar angin yang saya dengar menggambarkan kursus 3 hari tersebut bakal memberi satu cabaran yang hebat terutamanya cabaran fizikal. Tapi..setelah menyertai kem tersebut, tiada apa yang menyebabkan saya mengakui kebenaran khabar angin tersebut. Selama 3 hari semangat patriotisme yang berperisa lain dari dulu ditiupkan ke dalam diri saya. Kesedaran dan pengetahuan membantu saya memperbetul niat perjuangan masa hadapan sebagai seorang mahasiswa yang juga masa depan negara. Hak-hak dan kesefahaman antara kaum, perlu difahami dan dihormati. Jika tidak ketidaktentuan akan berlaku. Pemberontakan sana-sini, menuntut hak itu, hak ini. Tanpa pengetahuan dan ilmu berkenaan dengan hak antara kaum, percakapan seseorang boleh menggugat keamanan negara. Apa-apa pun, saya tetap berbangga kerana hidup di negara yang mempunyai 3 kaum utama yang boleh hidup dan menghormati satu sama lain. Semoga keadaan ini terus berkekalan..Amin…

Penulis, En. Syukri (BTN KL) & YDP USIM

Penulis, En. Syukri (BTN KL) & Farid Din

Enjoyed reading this post?
Subscribe to the RSS feed and have all new posts delivered straight to you.
Post your comment




Celadon theme by the Themes Boutique

Compression Plugin created by Cheap Web Hosting - Powered by Knife Sets and r4 ds.