~Masa
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Tik..tok…tik…tok…
Itulah detik-detik yang bebunyi meninggalkan kita. sedar tak sedar, semalam bertukar hari ini dan hari ini sudah berada di sempadan esok. Kadang-kadang kita tidak menyedari perkara ini. Kerana kita terlalu sibuk dengan kerja atau urusan penting. Tetapi sesetengah hanya membuang masa melakukan perkara yang tidak bermoral dan berfaedah. Betulkah masa kita ini semua sama? 24jam? betulkah? Jika tidak..kenapa timbulnya soal tidak cukup masa, xsempat dan seangkatan dengannya? Persoalan ini saya tujukan kepada diri saya pada setiap hari. Terutamanya ketika sedang berkejar-kejar menyiapkan tugasan di akhir minit.
Sebetulnya, setiap manusia atau haiwan atau apa-apa yang berada dimuka bumi ini ialah 24 jam…sekali lagi 24 jam..ataupun bersamaan 1440 minit. Sejak kebelakangan ini, jam biologi saya dah jadi tidak seperti dulu. Masa tidur telah berubah, tempoh tidur semakin pendek. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan mentalĀ dan fizikal saya. Mata asyik nak ‘masuk habuk’ ja. Kalau keadaan ini berterusan, nampak gaya saya perlu membuat sesuatu. Hmm…Jauh lagi perjalanan hidup nih..
Subscribe to the RSS feed and have all new posts delivered straight to you.




