Archive for December 16th, 2009
Selamat tahun baru!1431H
Pejam celik, pejam celik sudah hampir satu tahun sudah berlalu. Cuba kita renung kembali apa yang telah kita lakukan selama satu tahun yang lepas. Mudah-mudahan amalan kita pada tahun lepas akan diterima oleh Allah SWT. Kini tibalah kita ke bulan permulaan dalam kalendar Islam.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



